Wednesday, July 18

Sumbangan Tamadun India (Indus)

Lokasi Lembah Indus
Artifak yang dijumpai di Lembah Indus.

Perancangan Bandar



    Harappa
    Pelan Mohenjo-Daro
  • Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
  • pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar
  •  Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.

Sifat Keterbukaan

  • Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
    Cap mohor
  •  tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
  • hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
  • dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

Sains dan Teknologi



Lakaran mengunakan tanah liat




  • Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
  • Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
  • Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

 

Falsafah

Rig Veda
  • Falsafah India ialah falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia.
  • Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar:- kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda. 
  • Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gita merupakan antara sumbernya.
  • Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.

 

Ekonomi

  • Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.

 

Seni Bina

Great Bath merupakan kolam mandi awam terawal di dunia.


Patung yang diperbuat daripada tanah liat
  • Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap-- dapat dilihat melalui binaan Great Bath.
  • Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur.
  • Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
  • Candi Borobudur
    Ukiran pada dinding dalam Gua Ajanta
  • Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan-- tiang Asoka yang menjadi monumen.

 

Bahasa dan Kesusasteraan

  • Bahasa Sanskrit (bukti: penemuan prasasti Talang Tuwo/Kedukan  Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini.
  • Bahasa Tamil
  • Epik Mahabharata (menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan jahat) dan Ramayana (menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pengaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita) ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha.

Dokumen dalam bahasa Sanskrit


Agama

  • Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha. 
  • Mesikipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar dipastikan, namun agama ini sering dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi.
Lukisan Gautama Buddha

Yoga

Pelbagai posisi yoga
  • Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia.
  • Sehingga hari ini, yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan sebagainya.

Keamanan

  • Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.


Graf mini sistem tulisan Indus (piktograf)
**Sesungguhnya masyarakat tamadun Indus berkeupayaan serta berkebolehan untuk mengekspoloitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingganya menjadi asas perkembangan tamadun mereka.



Lukisan pada dinding

15 comments:

  1. Terima kasih atas info yang dikongsikan.

    ReplyDelete
  2. terima diatas ilmu yang dikongsikan

    ReplyDelete
  3. saya copy yee, terima kasih

    ReplyDelete
  4. saya copy yee, terima kasih

    ReplyDelete
  5. saye copy ehh..nak PPT sejarah paper 3

    ReplyDelete
  6. Thank you atas info yang sangat terperinci😊ini memudahkan saya sebagai pelajar form 1 yang baru aje terjebak dengan kerja kursus macamni . Thanks again!😁

    ReplyDelete
  7. Blogwalking blog saya juga! myblackspecs.blogspot.com
    Thanks!😊

    ReplyDelete
  8. #MOGAALLAHREDHA

    ReplyDelete
  9. Terima kasih bossku,terbaikkklah

    ReplyDelete
  10. Tenkiu dooo...susah betol nak cari maklumat yang betol dah terperinci

    ReplyDelete
  11. Siapa kata tamadun ini tipu kau orang bodoh ke????

    ReplyDelete