Friday, July 6

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Sumbangan Tamadun Mesir Dari Segi:-

Seni bina

Patung Imhotep
  • Pembinaan piramid merupakan satu sumbangan besar.
Piramid
  • Pembinaan piramid bermula daripada ilharn Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.). Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.

  • Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagurni.

Kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas.

Tulisan hieroglif pada kertas papyrus
  • Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan ini telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
  •  Tinggalan tamadun Mesir purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
  •  Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

Sistem pendidikan untuk kanak-kanak.

Sistem tulisan hieroglif
  •  Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka memberi pendidikan sejak dari umur yang rendah.
  • Diuruskan oleh: rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
  •  Tujuan: untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
    Pendidikan
  •  Ilmu yang diajar: geometri, matematik, dan sains diajar -melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

Kemajuam dalam ilmu perubatan.


  •  Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat.
  •  Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba yang percaya kepada kehidupan selepas mati.Tahap keilmuian dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

Proses memumiakan mayat

Pengawalan aliran air Sungai Nil


  •  Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.
  •  Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.
  •  Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.

Patung kepala Firaun Senusret III
  •  Semasa pemerintahan Firaun Senusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar
Kalendar Mesir Purba
  •  Pengetahuan dalam bidang astronorni dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.



Ringkasan:-

Berikut adalah sumbangan yang wujud dalam tamadun Mesir :
Mumia
Mumia binatang perliharaan (gazelle)
  • membina piramid
  • pembinaan bangunan---> menggunakan batu-bata
  • mewujudkan sistem pendidikan kanak-kanak
  • tulisan hieroglif----> merekodkan aktiviti pertanian, pentadbiran, keagamaan dan percukaian
  • menghasilkan kertas---> pokok papyrus
  • memumiakan/mengawet mayat (mumia)
  • membina sistem pengairan
  • mencipta kalendar
  • ilmu matematik dan geometri

8 comments: