Sunday, July 15

Sumbangan Tamadun Hwang Ho (China)

Sungai Hwang Ho
Gelas minum berbentuk burung yang diperbuat daripada jed.

 

 

Masyarakat China memain alat muzik.

 

Sistem pemerintahan

  • Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
  • Cop mohor maharaja.
  •  Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.
  • Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

Aspek ekonomi

  • Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal Dinasti China terutama zaman Dinasti Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian.
  • Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Dinasti Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
  • Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

Keadaan peperiksaan awam.

Sistem Pendidikan

  • Wujudnya sistem peperiksaan awam dalam tamadun China dan adalah tertua di dunia.
  • Terdapat tiga peringkat pendidikan dalam sistem pendidikan tamadun China: -pendidkan rendah, menengah dan tinggi.
  • Peperiksaan mengandugi tiga tahap. Tahap perta
  • ma setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada era moden ini.

 

 

 

Sistem Tulisan dan Perbahasan

  • Salah satu sumbangan penting tamadun ini ialah sistem tulisannya.
  • Sistem tulisan yang berbentuk simbol ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
  • Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
  • Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
  • Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
  • Perkembangan bahasa dalam tamadun China adalah kurang jelas tetapi  tujuh dialek utama yang digunakan oleh orang-orang Cina sehingga hari ini iaitu Mandarin, Kantonis, Fukien, Hakka, Hunanis, Wu dan Kiangsi.

Falsafah

Patung Confucius di Hunan.
  • Falsafah China memberi penekanan kepada hal berkaitan manusia- hubungan manusia antara satu sama lain.
  • Antara sumber falsafah China termasuklah Kung-fu Tze / Confucius (Confucianisme), Lao Tze (Taoisme) dan Mo Tzu / Motze / Mencius.

 

 

Agama dan Kepercayaan

  • Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
  • Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa.
  • MisaInya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan
    Konsep Yin Yang
    .
  •  Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.


Sistem Kalendar

  • Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
  •  Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
  • Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.

Peninggalan Karya Sastera



Lakaran Li Po
  • Terdapatnya banyak sajak, cerpen tradisional, rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi dalam tamadun ini. Kebanyakan sumber sastera ini dapat digunakan sebagai sumber sejarah dan pendidkan.
  • Shih Chi, karya Ssu-ma Chien yang banyak menceritakan sosial, sejarah, kerajaan, pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan telah mempertingkatkan bidang sastera prosa pada Dinasiti Han.
  • Dalam bidang puisi pula muncul tokoh-tokoh penting seperti Tu Fu, Li Po dan Po Chu-I.

Falsafah Perang

  • Selain itu, terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
  • Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
  •  Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

 

Teknologi Pembinaan dan Penciptaan

Kuil Pagoda China

  • Seni bina tamadun Hwang Ho agak berlainan dengan tamadun lain, dan inilah yang membuatkannya istemewa.
  • Pembinaan Tembok Besar China yang sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking merupakan antara tujuh keajaiban dunia.
  • Antara pembinaan lain ialah istana besar Kota Larangan dan Kuil Pagoda.      
  •  Penciptaan kolar kuda yang dapat berfungsi secara efektif (kuda dapat menarik beban yang seberat 1.5 tan tanpa dilemahkan atau dicekik) juga merupakan sumbangan penting tamadun ini.    
  • Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
  • Kota Larangan China
  • Penciptaan cangkul, sabit, kertas dan tembikar (China- pasu) juga merupakan sumbangan tamadun ini.

   

Tembok Besar China

Ringkasan:--

    - Pemerintahan monarki/ beraja
    - Gelaran maharaja
    - Sistem pengairan/ terusan
    - Teknologi pembajakan, sistem tanaman bergilir
    - Penciptaan peralatan pertanian/ cangkul/ sabit dan kertas dan tembikar
    - Penghasilan alat pertanian aripada besi
    - Penggunaan batas untuk pertanian
    - Sistem tulisan digunakan oleh orang Korea/ Jepun
    - Pemujaan roh nenek moyang
    - Konsep Yin dan Yang
Pasu dari Dinasti Song yang tidak ternilai.
    - Feng Hsui
    - Falsafah perang Sun Zi


Kaligrafi cina.
Kung fu China kuno- Tai Chi

7 comments: