1.
KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI
|
Kod undang-undang Hammurabi |
- digubal oleh Raja Hammurabi
- berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
- hukuman dan denda hendaklah setimpal dengan kesalahan
- berbeza mengikut susun lapis masyarakat
- mengandungi lebin kurang 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar untuk rujukan rakyat
**Kepentingan Undang-undang Hammurabi
- menjadi dasar perundangan dalam Tamadun Mesopotamia
- berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri
- membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang
- dapat mengwujudkan perpaduan
- dapat mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut
2. SISTEM TULISAN
|
Epik Gilgamesh |
|
Cuneiform yang ditulis pada tanah liat. |
- Sistem tulisan Mesopotamia yang dipanggil Cuneiform bermula dalam bentuk tulisan bergambar
- berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat
- kewujudan sistem tulisan membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan jurutulis
- kehadiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat dan direkodkan
- dalam perdagangan kesemua urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota dan surat kredit
- sistem tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan
- hasil kesusasteraan yang terkenal ialah Epik Gilgamesh- menceritakan tentang pemerintahan, percintaan kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian
3. PERKEMBANGAN ILMU ASTRONOMI
|
Kalendar |
- Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, matahari membawa kepada perkembangan ilmu matematik : sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, membahagi dan punca ganda dua
- kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri
- penguasaan dalam bidang astronomi juga membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang berasaskan 12 bulan dalam satu tahun
4. PERKEMBANGAN ILMU PERUBATAN
- Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa zaman Assyria.
- kerajaan ini sangat mementingkan kesihatan anggota tenteranya
- 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatelogkan dan disampelkan penggunaannya
- cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan
5. PENCIPTAAN RODA
|
Kereta kuda |
- Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda - bertujuan untuk peperangan atau kegunaan domestik
- membolehkan mereka mencipta kincir air untuk mengairi kawasan kering
6. CIPTAAN ALAT PENGANGKUTAN
- mencipta kapal layar
- menghasilkan pengangkutan beroda
7. MEMPERKENALKAN TEKNIK MEMBUAT BATU BATA DARIPADA TANAH LIAT
|
Patung Raja Gudea | |
- mereka mahir mencipta arca dan tiang batu
- ** patung Raja Gudea
- arca tiang batu dapat dilihat dalam seni bina ziggurat
8. KEPIMPINAN RAJA SARGON
|
Raja Sargon |
- mewujudkan Kerajaan Akkad, empayar yang pertama di dunia
- Berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia
- perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang menjadi ikutan pemerintah seterusnya.